Sunday, September 27, 2009

rupe2nye tulisan pun ada rahsia.ngade gile.


Rahsia di sebalik tulisan korang. Best sgt ke tulisan korg tuh.

Godek2 internet tjumpe web ni. Cm bes je kalau share dgn pembc.eceyh cm ade je.

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh..(hah aku punye) Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.(oh nasib baik…)

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.(sukati dia lah.dengki gile.)

[Kecondongan tulisan]
Tegak – Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.(ye ke ni? Dia juga pndai memasak,mengemas rumah, mencuci pinggan dan menjemur pakaian.)

Condong ke kanan – Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama! (ops nangis uncle dtg lmbt.siapakah ini?)

Condong ke kiri – Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!( nk yang ni.cop dulu)

[Saiz tulisan]
Besar – Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.(kalau dia bdk tadika kesian dia kne tuduh slalu berlaku persilisihan paham. Padahal main lawan pemadam je.dah menang nk wat cmne kn dik)

Kecil – Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar – Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.(yg ni nk wat cmne,kalau time exam time xcukup mmg makin besa,senget,condong la tulisan)

Semakin kecil – Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!(makin ngantuk.tulisan kak naima mase ngntok dlm klas..makin lame tulisan cm cacing tinggal cm titik je)

[Bentuk tulisan]
Lebar – Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan.(dah konfem bkn ili) Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus – Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat – Otak matematik rupanya dia ni.(terminator)

Tulisan bulat – Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.(kanmani,narayani,loges,nantheni,sharmila.. sy rase korang amik yg ni lah)

Bersambung – Pemikirannya berdasarkan logik.(ina awk kot yg ni. “I cant understand what you are writing” eh tp cntik ina,mcm hanta surat xrasmi kat bf zaman dlu)

Bercerai cerai – Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!(mesti kejap je kalau kawin)

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh – Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.(rabun jauh la tu)

Tulisan rapat – Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.( tulisan ni org kedekot.bkn mahal sgt ketas A4.)

[Ruangan di tepi]
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.(hish leceh ah nk kne ukur lak kelebaran jarak tulisan)

Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!(ekeleh. Ye lah tu. Emo emo.)

Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.(ape bendanye? Xpaham pun.ruang kecik ape kanan kecik. Sukati je.hentam la nih mesti)

Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.(huyo ni min pny kalau jwb global! 1 soalan xcukup 4 kertas!min tegas eh? Patut la sy takut. Min mmg byk bnda bernas slalu dikongsi.[gossip akhil hay min tau dlu.pembc setia oh bulan] )


ala tulisan landslide tade.xbagus!Pasni sume nyorok2 lps tulis takut org lain bc personality. Sesiapa yg rahsia disebalik tulisan dia best2 leh la dgn bongkak tunjuk tulisan pasni! Slamat cantikkan tulisan! Oh nk cantikkan tulisan… ha rujuk tulisan berubah2! Hish tade pendirian langsung! Tulisan dalam column tu rekaan semata2. Tiada kena mengena dgn yg telah mati, meninggal dunia dan koma.

5 comments:

ik said...

oi pegi stadi la! sebok dok kaji tulisan org..hahahah
hahahahha..wei siot.aku rajen ko join persatuan.. smapi nk kne bar!hahahahha

Aira said...

best3.. dh tau dh tulisan yg mn.. hahaha.. ee.. ili gelabah je nk kna bar!! wekkk..

Cassendra said...

hahha...entry ni sangat best..sebab terkena kat tulisan punya personality yg bestt..huhuh..

ungu said...

hahaha..aku rasa ni entry lawak. Komen-komen pasal tulisan tuh yang lawak sebenarnya.

salam ziarah

Anne Nazeeha said...

ili :chocolate bar

amal : ili mmg gelabah. kite kne blaja trime die seadanya. hahaa

cassendra : jumpe diri sndri pny ke? hehehe

ungu: ehee.. lawak pun dpt info ape. tatau la kalau info tu pun xbtul. salam ziarah bunyik cm salam takziah.
tp welkam to my blog. hahaha! bnci diri sndri.